Monday, July 23, 2012

JENGUKLAH KAMI KAT RUMAH NI..

Lapan bulan bawak kereta
Tengok cermin belakang
tanpa seorang penumpang lelaki di-seat belakang belah kiri.


p.s: sori baba. mina selalu menyusahkan baba. sampai sekarang mina masih susahkan baba. baba elok-elok kat sana. tunggu mina ye. 

Sunday, July 22, 2012

RENTETAN HISAB.

Sebelum baca yang ni,
pastikan awak tekan 'older post' kat bawah sekali belah kanan.
Kalau tidak, awak akan menjerit kebencian sebab tak faham apa yang saya cuba taipkan.

. . . . . . .

"Boleh ana amek kertas ni satu?"
"Ambillah. Ana bukan berkira sgt. Enta tu yang selalu berkira dengan ana. Mintak berhenti pun tak nak."
"Allah..sedih ana enta cakap macam tu."
"Hmm..."

Sepuluh minit sebelum gua nangis dalam hati setelah kata-kata diatas ambil tempat.

"Boleh tolong terjemah? Ana x faham sangat bait-bait ni."
"Boleh :)"
. . . . . . .

' Wajahku dengan Cahaya Tuhan didalam kecerahan
dan ikatan dariku dalam nafsuku telah menjadi pelepasku.
Berlembutlah kepada kami dengan fana' Wahai Yang Kekal
Singkapkanlah untuk kami sitr yang menutup itu.
Disisiku seluruh makhluk adalah hakikat urusan Tuhan
ku rasakan sebegitu sejak khamr asli didalam gelas kaca itu menyamankan.
Dan cinta itu padanya ada kebaikan untuk dibawa sepanjang usia
maka bermegahlah dengan cinta itu didalam sekapal perindu.
Wahai para pencelaku, demi Tuhan, tinggalkanlah daripada mencelaku
dan bukalah mata-mata hati kamu dari ketiduran itu.
Dan berwaspadalah dengan apa-apa yang bisa menenggelamkan dan berhati-hatilah
Lautan keinginan/nafsu itu ditakuti boleh melemaskanmu.
Bagi mata yang dah melihat hakikat,jenis-jenis alam ini semua berada dikelopak mata
Orang yang akan melihat dan memerhati adalah manusia itu sendiri.
Dan Yang Tunggal itu takkan dipengaruhi oleh makhluk dan ciptaan
Alam-alam tadi untuk kita pandang Yang Mufrad dan Yang Agung adalah Yang Maha Penunai janji.'

" Makin diterangkan, makin ana lost la enta.huhu"

. . . . . . . 

tammat.

p.s. moga bisa rebut peluang. moga bisa lari sama-sama enta. kalaupun tak berlari, mungkin boleh berjalan sama-sama? enta sudi jalan dengan ana tak?



Saturday, July 21, 2012

HISAB.

Setiap pagi lu terpaksa menghadap muka toya gua.
Setiap pagi lu terpaksa gagahkan diri untuk layan gua.
Gua mintak maaf sebab dah terlampau banyak curi masa lu.
Padahal lu boleh tido atau main friendster daripada menghadap muka toya gua setiap pagi.

Gua baca lu dengar.
Lu baca gua termenung.
Gua mintak maaf sebab bermenung. Gua bukan ter-menung. Tapi gua memang nak merenung. 
Harap lu tak berdendam dengan gua.

Gua mintak lu nyanyi, lu ikut.
Bila lu mintak gua dengar, gua tak pernah nak ikut.

Gua mintak satu kertas, lu bagi.
Lu mintak gua secebis perhatian, gua persetankan.

"Ambillah. Ana tak pernah berkira dengan enta. Tapi enta selalu berkira dengan ana. Ana mintak..."

Terhenti setakat itu. Dan lu serik nak sambung.
Maafkan gua, lu..
Gua banyak sangat amat sungguh berkira,mengira,terkira dengan Lu.

p.s: harap boleh berubah kerana Tuhan.
p.s.s: pena dah diangkat dan dakwat pun dah lama kering.

Monday, July 16, 2012

ATWALU P.S FIT TARIKHIL KAMBINGI.

Orang putih kata,
" Better late than never."
Sekarang, lu dapat 'late'.
Gua dapat 'never'.

p.s: bangun pagi, naik traxcavator, tuju kubur, berhenti lama, rasa nak terus jalan, tapi lebih rela orang lain bahagia dari diri menyeksa orang lain itu. berhenti lama. termenung sendiri. tanpa ada yang simpati. bukan harap simpati, cuma mohon ada yang mengerti. diri ini sedar. ia tiada yang gemar. hanya tunggu ketika. untuk kembali dikembalikan. moga bisa mimpi. kalau tak berapa indahpun, biarlah yang lama kembali menggamit. moga Tuhan benarkan. mengenal. mencinta. merindu. DIA.

Saturday, July 14, 2012

YA ALLAH, JAUHKAN KAMI DARI SUUL ADAB.

Jatuh memang sakit.
Kalau tak sakit mungkin kena pergi pakar saraf.
Ketika naik makin tinggi,
kalau jatuh,lebih menyakitkan.

Kalau tak nak jatuh, jangan naik.
Tapi itu biadap :)

p.s: tinggalkan 'naik' kerana takut jatuh memang tak gentleman bro.

Tuesday, July 10, 2012

FI MASYIATILLAH.

Apa-apa yang DIA tidak kehendaki,
takkan sekali-kali berlaku. 
Dua kali 
atau 
tiga kali apatah lagi!

p.s: Moga Allah bantu kamu habibty.Teruslah membanggakan kekasihmu dan kekasih kita, SollAllahu alaihi wabaaraka wasallam.


Friday, July 6, 2012

BERUBAH

 " Suatu masa nanti
akan sampai hari
kaki tidak akan berlari
gerimis akan berhenti

kerana seperti musim juga
akan berubah
akan mengolah
cerita gembira menggantikan derita

tiada lagi sebulan penantian
tiada lagi hati dihenyakkan
tiada lagi tangan yang melepaskan
tiada lagi puisi sedu sedan " - Shaira Amira

p.s. moga umurmu barokah bintu Jahubar. kullu sanah wentum bikhair. maaf, gua tak pernah cuba jadi kawan yang baik untuk lu. orang sehebat lu x kan pernah sekufu dengan gua yang hampas ni. maafkan gua sekali lagi. ENAM JULAI, almuwafiq, LIMA MUHARRAM.

Wednesday, July 4, 2012

MAAF. GUA PENYUSAH LU.

Rindu.
Bukan.
Sebab.
Jauh.
Tapi.
Sebab.
Terlampau.
Dekat.

p.s : walau gua tak dihati Lu, Lu lebih dekat dengan gua dari hati gua sendiri.