Saturday, December 31, 2011

Saufa itu huruf mabni. tak bisa jadi 'SAUFI'. haha.

Mutaasif.
Tajuk sekadar suka-suka.
Kurang kena mengena dengan kandungan entri.

BismILLAH. eh.
[cara ibtida' Ustaz Ibnu Yusof sebelum menekan button play radio]

Pada zaman Sayyidina Umar,
beliau dan Sayyiduna Ali RadiyAllahu 'anhuma
telah pergi ke sebuah daerah untuk mencari seorang wali Allah.
Telah diberitahu oleh Habibuna Rasulillah SallAllahu 'alaihi wa aalihi wasallam
bahawasanya akan ada seorang hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala
pada zaman mereka yang maqbul doanya
disebuah daerah.
Dikhabarkan kepada mereka berdua bahawasanya orang itu mempunyai tanda bekas sopak
dan RasulUllah SallAllahu 'alaihi wa aalihi wasallam
menyuruh kedua-dua mereka meminta doa daripada orang tersebut.

Ketika mencari orang tersebut,
berjalanlah kedua-dua khalifah di sebuah kampung
dan mereka bertanya kepada orang kampung itu perihal orang yang mereka cari.
Lalu orang kampung memberitahu bahawa orang kampung memanggil orang itu dengan panggilan 'Majnun' kerana orang itu sering bersama ternakannya.
Dan orang kampung menunjukkan lokasi orang tersebut.

Sesampainya mereka berdua disana,
kelihatan seorang rijal sedang bersolat ditengah-tengah ternakannya.

Ditanyakan kepada orang itu akan namanya lalu dia menjawab Abdullah namanya.
Ditanya sekali lagi, apakah namamu yang dipanggil oleh ibumu?
Orang itu menjawab 'Uwais'.
Mereka berdua bertanya lagi, adakah bapamu 'Aamil?
Jawab orang itu 'ya'.
Mereka berdua bertanya lagi, adakah kamu berasal dari Qarn?
'ya' jawab orang itu.
Orang itu memberitahu bahawa dia adalah Uwais bin 'Aamil Al-Qarni.
Lalu Uwais bertanya siapakah gerangan mereka berdua yang datang kepadanya
dan tahu mengenainya.
Sayyiduna Ali memperkenalkan Sayyiduna Uthman sebagai khalifah
dan serta merta Uwais terkejut.
Mereka berdua mengkhabarkan
arahan Rasulullah SallAllahu 'alaihi wa aalihi wasallam
[meminta doa dari Uwais] kepada Uwais,
dan sekali lagi Uwais terkejut.
Akhirnya, Uwais mendoakan kedua-dua khalifah tersebut.

Sekarang, kita sampai kepada isi yang ingin gua sampaikan.

Sebelum sihat seperti itu,
Uwais pernah diuji dengan penyakit sopak.
Ketika Uwais membawa dan mengendong ibunya mengerjakan haji,
ibu Uwais bertanyakannya ttg apa yang Uwais minta dari Allah,
lalu Uwais berkata dia telah berdoa supaya Allah Subhanahu wa Ta'ala mengampunkan segala dosa ibunya.
Melihatkan kepada penyakit anaknya,
ibu Uwais menyuruh anaknya berdoa supaya disembuhkan dari penyakit sopak.
Pada mulanya Uwais enggan kerana pada hematnya,
dia harus bersyukur pada setiap taqdir Allah Subhanahu wa Ta'ala walaupun ianya sopak.
Tetapi setelah diarahkan oleh ibunya untuk meminta penyembuhan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala,
Uwais akur [Uwais bin 'Aamil al-Qarni terkenal dengan ketaatannya kepada ibunya. Allahu Rabbi!].

Uwais berdoa supaya Allah menghilangkan sopaknya melainkan sedikit supaya dia bisa mengingati penyakitnya dan terus bersyukur.
Uwais berdoa supaya Allah menghilangkan sopaknya melainkan sedikit supaya dia bisa mengingati penyakitnya dan terus bersyukur!

Agungnya kehambaan seorang hamba yang kenal dirinya dan kenal Rabbnya!

p.s: seperti yang diceritakan kepada kami oleh fadhilatu Ustazuna Abi Hibah Al-Azhari.




Sunday, December 11, 2011

Petunjuk yang Jelas, dalam Tafsir Surah Al-Ikhlas



Buku ini disusun dalam menggabungkan dua manhaj tafsir yang utama iaitu

tafsir bi al-ma'thur (penafsiran salaf) dan tafsir isyari (penafsiran ulama' sufi muktabar) dengan

pendekatan mudah dan ringkas termasuk membahaskan isu-isu semasa dalam kerangka

perbahasan makna-makna yang terkandung dalam surah al-Ikhlas.



Ia mempunyai dua bahagian.

Bahagian pertama membahaskan tentang latar belakang penurunan surah al-ikhlas,

kelebihan-kelebihan surah Al-Ikhlas berdasarkan hadis-hadis dan penerangan para ulama'

serta amalan para salaf dan ulama' berkenaan surah al-ikhlas.



Bahagian kedua membahaskan tentang penjelasan dan tafsiran surah al-Ikhlas

dengan gabungan dua manhaj utama yang disebutkan tadi

(tafsir bi al-ma'thur dan tafsir isyari) yang merujuk

kepada tiga buah kitab tafsir yang utama iaitu

Tafsir al-Thabari, Mafatih al-Ghaib (Tafsir Imam al-Razi) dan

Tafsir al-Bahr al-Madid (oleh Imam Ibn 'Ajibah).

Ia turut memuatkan perbahasan tentang isu-isu semasa dalam konteks makna surah Al-Ikhlas.



Antara isu-isu yang turut dibahaskan adalah:

- Keistimewaan dan amalan terhadap Surah Al-Ikhlas.

- Asas-asas aqidah Islam iaitu Tauhid dan Tanzih.

- Penggunaan kalimah Allah.

- Perbahasan Ringkas tentang Kepincangan Pemisahan antara Tauhid Uluhiyyah dengan Tauhid Rububiyyah.

- Jawapan terhadap Kristianiti dan Usaha Membendung kristianisasi.



Harga: RM 10 senaskah



Minat? sila hubungi saya di wan2se7@yahoo.com
mohon dipanjang-panjang kan :)

p.s: mai beli nah.

Wednesday, December 7, 2011

NASIK KAK NONI TERBUANG. HAHA

Al-'Asya' dengan akhawat
pukul 18.00 waktu Malaysia [atau gua lebih suka waktu Misr; pukul 12.00].
Penghirupan syai panas
bersama kekat Coklat ala-ala nak moist dari Cold Storage yang berharga lebih 12 Riyal
disertai kerufuk Twisties,
biskutat Munchy's
dan sesudu dua Kuey Teow goreng
memang...

satu situasi yang gua harap boleh dipengalami
bukan sekadar sekali lagi,
tapi berkali-kali lagi,
di Suatu-Tempat-Kekal-Abadi-Idaman-gua-dan-lu,
dimana umur kita akan sentiasa 17 seperti gua sekarang,
dan
dimana syai panas,kekat Coklat ala-ala nak moist dari Cold Storage, kerufuk Twisties, biskutat Munchy's dan sesudu dua Kuey Teow goreng boleh didapati tanpa kita perlu pegi ke Jaya One.


Woha!

JAZAKUMULLAH KHAIRAL JAZA'


p.s: 'Anta ma'a man ahbabta'

HIKMAH DAN RAHMAH.

Dulu masa kecik-kecik, gua ingat CD Al-Quran kat surau rumah gua rosak.
Dia selalu ulang satu ayat banyak kali gila. Rupanya ternyata anggapan gua salah bila gua sudah besar dan mengetahui keadaan sebenar CD Al-Quran surau rumah gua.
Dia tak rosak. Dia tak pernah rosak. Dia belum pernah rosak.

"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"


P.S: tak lama lagi nak pindah. Berpindah ke Darul Qarar. Jomlah kemas-kemas.