Saturday, December 31, 2011

Saufa itu huruf mabni. tak bisa jadi 'SAUFI'. haha.

Mutaasif.
Tajuk sekadar suka-suka.
Kurang kena mengena dengan kandungan entri.

BismILLAH. eh.
[cara ibtida' Ustaz Ibnu Yusof sebelum menekan button play radio]

Pada zaman Sayyidina Umar,
beliau dan Sayyiduna Ali RadiyAllahu 'anhuma
telah pergi ke sebuah daerah untuk mencari seorang wali Allah.
Telah diberitahu oleh Habibuna Rasulillah SallAllahu 'alaihi wa aalihi wasallam
bahawasanya akan ada seorang hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala
pada zaman mereka yang maqbul doanya
disebuah daerah.
Dikhabarkan kepada mereka berdua bahawasanya orang itu mempunyai tanda bekas sopak
dan RasulUllah SallAllahu 'alaihi wa aalihi wasallam
menyuruh kedua-dua mereka meminta doa daripada orang tersebut.

Ketika mencari orang tersebut,
berjalanlah kedua-dua khalifah di sebuah kampung
dan mereka bertanya kepada orang kampung itu perihal orang yang mereka cari.
Lalu orang kampung memberitahu bahawa orang kampung memanggil orang itu dengan panggilan 'Majnun' kerana orang itu sering bersama ternakannya.
Dan orang kampung menunjukkan lokasi orang tersebut.

Sesampainya mereka berdua disana,
kelihatan seorang rijal sedang bersolat ditengah-tengah ternakannya.

Ditanyakan kepada orang itu akan namanya lalu dia menjawab Abdullah namanya.
Ditanya sekali lagi, apakah namamu yang dipanggil oleh ibumu?
Orang itu menjawab 'Uwais'.
Mereka berdua bertanya lagi, adakah bapamu 'Aamil?
Jawab orang itu 'ya'.
Mereka berdua bertanya lagi, adakah kamu berasal dari Qarn?
'ya' jawab orang itu.
Orang itu memberitahu bahawa dia adalah Uwais bin 'Aamil Al-Qarni.
Lalu Uwais bertanya siapakah gerangan mereka berdua yang datang kepadanya
dan tahu mengenainya.
Sayyiduna Ali memperkenalkan Sayyiduna Uthman sebagai khalifah
dan serta merta Uwais terkejut.
Mereka berdua mengkhabarkan
arahan Rasulullah SallAllahu 'alaihi wa aalihi wasallam
[meminta doa dari Uwais] kepada Uwais,
dan sekali lagi Uwais terkejut.
Akhirnya, Uwais mendoakan kedua-dua khalifah tersebut.

Sekarang, kita sampai kepada isi yang ingin gua sampaikan.

Sebelum sihat seperti itu,
Uwais pernah diuji dengan penyakit sopak.
Ketika Uwais membawa dan mengendong ibunya mengerjakan haji,
ibu Uwais bertanyakannya ttg apa yang Uwais minta dari Allah,
lalu Uwais berkata dia telah berdoa supaya Allah Subhanahu wa Ta'ala mengampunkan segala dosa ibunya.
Melihatkan kepada penyakit anaknya,
ibu Uwais menyuruh anaknya berdoa supaya disembuhkan dari penyakit sopak.
Pada mulanya Uwais enggan kerana pada hematnya,
dia harus bersyukur pada setiap taqdir Allah Subhanahu wa Ta'ala walaupun ianya sopak.
Tetapi setelah diarahkan oleh ibunya untuk meminta penyembuhan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala,
Uwais akur [Uwais bin 'Aamil al-Qarni terkenal dengan ketaatannya kepada ibunya. Allahu Rabbi!].

Uwais berdoa supaya Allah menghilangkan sopaknya melainkan sedikit supaya dia bisa mengingati penyakitnya dan terus bersyukur.
Uwais berdoa supaya Allah menghilangkan sopaknya melainkan sedikit supaya dia bisa mengingati penyakitnya dan terus bersyukur!

Agungnya kehambaan seorang hamba yang kenal dirinya dan kenal Rabbnya!

p.s: seperti yang diceritakan kepada kami oleh fadhilatu Ustazuna Abi Hibah Al-Azhari.




2 comments:

  1. nape saufa tu huruf mabni?acu terang skit?lau samahti?

    ReplyDelete
  2. doh meme dio huruf mabni. dop leh i'rab ujung, ana nok wat guane. haha

    ReplyDelete