Sunday, December 11, 2011

Petunjuk yang Jelas, dalam Tafsir Surah Al-Ikhlas



Buku ini disusun dalam menggabungkan dua manhaj tafsir yang utama iaitu

tafsir bi al-ma'thur (penafsiran salaf) dan tafsir isyari (penafsiran ulama' sufi muktabar) dengan

pendekatan mudah dan ringkas termasuk membahaskan isu-isu semasa dalam kerangka

perbahasan makna-makna yang terkandung dalam surah al-Ikhlas.



Ia mempunyai dua bahagian.

Bahagian pertama membahaskan tentang latar belakang penurunan surah al-ikhlas,

kelebihan-kelebihan surah Al-Ikhlas berdasarkan hadis-hadis dan penerangan para ulama'

serta amalan para salaf dan ulama' berkenaan surah al-ikhlas.



Bahagian kedua membahaskan tentang penjelasan dan tafsiran surah al-Ikhlas

dengan gabungan dua manhaj utama yang disebutkan tadi

(tafsir bi al-ma'thur dan tafsir isyari) yang merujuk

kepada tiga buah kitab tafsir yang utama iaitu

Tafsir al-Thabari, Mafatih al-Ghaib (Tafsir Imam al-Razi) dan

Tafsir al-Bahr al-Madid (oleh Imam Ibn 'Ajibah).

Ia turut memuatkan perbahasan tentang isu-isu semasa dalam konteks makna surah Al-Ikhlas.



Antara isu-isu yang turut dibahaskan adalah:

- Keistimewaan dan amalan terhadap Surah Al-Ikhlas.

- Asas-asas aqidah Islam iaitu Tauhid dan Tanzih.

- Penggunaan kalimah Allah.

- Perbahasan Ringkas tentang Kepincangan Pemisahan antara Tauhid Uluhiyyah dengan Tauhid Rububiyyah.

- Jawapan terhadap Kristianiti dan Usaha Membendung kristianisasi.



Harga: RM 10 senaskah



Minat? sila hubungi saya di wan2se7@yahoo.com
mohon dipanjang-panjang kan :)

p.s: mai beli nah.

No comments:

Post a Comment