Wednesday, June 8, 2011

FAKSI

Petang tadi macam biasa,Dodi menyanyi sorang-sorang dalam dapur. Bukan dia tak pernah dengar pantang orang-orang tua dulu,jangan menyanyi masa kat dapur.

Tapi dia rasa dia dah cukup urban untuk tak percaya segala karut-carut-marut tu.

Lagu pilihan mestilah lagu Sudirman. Urban-urban pon,dia masih belum sakit mental untuk sokong musik-musik-macam-sampah-takde-identiti-bajet-urban budak muda sekarang.
Rasa nak gelak bila pasang TV keluar klip video merapu-macam-kerabu musik 'urban'. Kah3. Bukan urban tu,tapi perasan urban.

Okay,dah jauh lari tersimpang dari maksud asal entri.

Sambil duduk tunggu ikan siakap kukus Dodi menyanyi lagu Sudirman tadi. Sambil tutup mata untuk membiarkan dirinya dikuasai roh bait-bait lirik lagu yang meresap ke dalam jirim kelabu dibalik tulang-belulang belakangnya.

Bait-bait lirik itu terus berlegar-legar melingkar kerusi Dodi tanpa kesedaran Dodi. Tiba-tiba ayam mengejutkan jiran Dodi. Ah,bunyi ayam berkokok itu takkan buat dia berhenti menghambakan diri dia pada perasaannya sendiri.
Kokokan petang ayam-ayam itu mreluru masuk ke dalam dapur Dodi. Menggelepar bait-bait lirik yang melingkari kerusi Dodi tadi akibat dihinjak kokokan ayam. Dodi masih dalam dunia-ilusi-rekaannya.
Dodi masih membiarkan penaklukan kokokan ayam terhadap bait-bait lirik Sudirman.
Dodi betul-betul sedang bersatu dengan musik sehingga ikan siakapnya mengeluarkan asap hitam berjelaga pun dia tak peduli.
Sehingga bomba sampai Dodi masih lagi setia menutup mata sepenuh perasaan diatas kerusi didapurnya itu.

Saturday, June 4, 2011

KENAPA ORANG CAKAP SENYUM KAMBING? KENAPA TAK CAKAP SENYUM ITIK ATAUPUN SENYUM BURUNG GAGAK?

senyum nampak gigi itu,satu kepuasan.
dan bila orang balas senyum itu,satu kepuasan berganda.

okay,sekian sahaja taipan pada kali ini.
akhir kata,jangan pergi kasino.berdosa.
jom pergi tempat-lain-yang-lebih-tenang,dengar apa orang cakap pun jadilah.
bukan senang nak dapat peluang mcm ni.Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah.

^__^


p.s- Allahumma bariklana fi Rajabin wa Sya'bana wa balligna Ramadhan.

Thursday, May 26, 2011

Jangan ambil Takabbur yang Pemiliknya Allah.

Jumpa budak kecik?
Sepatutnya gua fikir yang budak ni tak pernah buat maksiat berbanding gua yang dosa bukan sahaja dah berbakul-bakul bahkan sampai tak muat buku Malaikat 'Ateed kat belah kiri gua ni.

Jumpa orang tua?
Sepatutnya gua fikir yang orang tua ni terlebih dahulu menyembah Allah berbanding gua yang sentiasa alpa walaupun dalam mood mengingat.

Jumpa orang 'alim?
Sepatutnya gua fikir yang mereka telah dikurniakan berbagai-bagai pemberian dan telah sampai ke martabat yang gua tak pernah tersampai dan mereka ketahui perkara yang gua tak ketahui.

Jumpa orang jahil?
(padahal gua pun jahil-sejahilnya)
Sepatutnya gua fikir yang mereka berbuat maksiat kepada Allah dengan kejahilan mereka berbanding gua yang buat maksiat dengan ilmu gua.

Jumpa orang kafir?
Sepatutnya gua fikir yang ntah-ntah nanti mereka masuk Islam dan peroleh Husnul-Khatimah sedangkan gua (wal iya zubillah)
punyai peluang untuk sesat dan diakhirkan dengan su-ul-khatimah
(Nauzubillahi min zalik).

Wahai gua-gua kat luar sana dan yang kat dalam sini.
Lu orang tak hebat mane lah.
Antara lu dan gua,
takde yang lebih Megah melainkan DIA.

p.s-mari kejar Mahbub itu.

Tuesday, May 24, 2011

MINUM KOPI SECAWAN.


Bekerjasama dengan pemerintah Islam yang zalim
lebih aula
atau
bersetuju dengan pemerintah kafir yang sememangnya berkepentingan untuk menjatuhkan Islam?


p.s- gua bukan lelaki politikus.

Monday, May 23, 2011

TAPI.

Sedari tadi gua memegang tetikus-tanpa-wayar sambil bermalasan diatas katil.
Walaupun gua selalu online,gua ada wawasan. Gua ada impian.

Sambil mata melilau diatas skrin destop gua,sesekali mata ini tertancap pada skrin televisyen yang dibiarkan menyala oleh Ron.
Dia ni memang tak reti berjimat. Dah la sewa rumah 3 bulan gua bayar sorang-sorang.
Lepas tu sedap-sedap membazir api rumah. Membazir air rumah.
Gua bukanlah berkira sangat bab-bab sewa ni,bukan boleh bawak mati pun duit-duit gaji gua tu.

Tapi gua tak boleh terima bila Ron bawak awek balik umah kitorang.
Lepas tu lepak dalam bilik gua dan nakkan privacy. Siap halau gua pulak tu.
Otak lu lah Ron.

Tapi gua bukan jenis kawan-makan-kawan.
Gua berangkat dan lepak diberanda.
Owh. Sungguh menyasyikkan malam gua tanpa kelibat Ron.
Tapi tetap tak tenang bila gua dengar ahh-ohh yang datang dari bilik gua.
Gua ape lagi,ketuk tingkap sampai bengkak tangan gua.
Tak malu ke kat jiran-jiran. Isk.

Tapi gua teruskan malam gua dengan earphone disumbatkan ke lubang telinga gua.
Playlist iPod gua digeledah.
Yeah. Dah jumpa. Folder Mas Idayu.

p.s: hati ini untuk Kekasihku.



Friday, May 20, 2011

Nak? Bayarlah Bro.

Hidup ni macam mimpi.
Bila berkehendakkan benda best-best,
kita berkecenderungan untuk memikirkannya tanpa henti.
Dan dan,sampai masuk mimpi.
Bila tersentak dari tidur,
baru perasan yang semua hanya mimpi.
Semua cuma ilusi-yang-takkan-mengalah tatkala hidup di alam imaginasi.

Enam perkara-dari-kita untuk menjamin keselesaan kita selepas dah tak boleh bangun dari tidur.

  1. Jujurlah dalam berbicara.

    Bukan maksudnya lu orang kena cakap jujur semata-mata tanpa berjujur dalam perbuatan. Tapi,kejujuran dalam kata-kata bakal membawa jujur dalam perlakuan.
    Jujur; sama zahir,sama batin.

  2. Penuhilah ketika berjanji.

    Kalau berjanji dengan manusia pun dah wajib tepati,apa lagi perjanjian azali kita dengan Tuhan Yang Maha Agung. Lebih utamalah untuk dipenuhi.
    Sebab apa kalau berjanji kena sebut 'InsyaAllah'?
    Sebab dalam setiap perkara terdapat kehendak Allah yang kita tak tahu,yang kita tak pasti. Mungkin Allah berkehendakkan perkara tersebut dan boleh jadi sebaliknya.

  3. Penuhilah ketika diberi amanah.

    Seorang 'alim pernah sebut [gua tak ingat siapa gerangan beliau],yang paling berat antara yang terberat ialah memagang amanah. Usahalah sedaya kudrat untuk tidak khianah. Agar dosa tidak memamah.

  4. Jagalah kehormatan.

    Dalam Al-Quran Allah tak sebut jangan zina. Allah arah, jangan dekat dengan zina.
    Mata,fikiran,anggota. Semua berperanan untuk mengelakkan perzinaan apabila berjaya dijaga dengan jayanya.

  5. Jagalah mata (hati).

    Semua orang tau ni. Antara nak buat atau taknak buat je. Mata diumpamakan seperti panah yang diracuni iblis. Pergh.dasat penangan mata.

  6. Jangan menyakiti orang lain.

    Tak kesah lah jiran ke,tetamu ke,housemate ke,classmate ke,mahjong mate ke,coffeemate ke,err,semua tak boleh dibuat sesuka hati.
    Yang namanya Muslim adalah yang selamat lisan dan tangannya daripada menyakiti orang lain.

Eh,lu ingat free ke nak masuk Surga Tuhan?
Kena bayarlah sayang.


p.s- gua pesan untuk diri gua yang sentiasa mengharap cinta Dia.
Semoga Allah 'Azza waJalla ingin membantu kita semua dalam menujuNya.
Amiin.

Sunday, May 1, 2011

Syauqan.

Hari ini semua kelihatan biru.
Pokok bunga mak gua biru, kucing jiran gua biru, rokok gulung atuk gua pun biru.
Mesti ada sesuatu yang tak kena.
Mesti ada sesuatu yang tak sempurna.


Perjalanan ke tempat berjihad memang terasa jauh mulanya.
Namun gua kuatkan jiwa untuk menyelarikan kehendak gua dengan kehendak Pencipta gua.
Itupun bukan gua yang usaha. Dia yang bagi kekuatan.

Gua pusing kanan,tertengok iPhone makcik yang duduk sebelah gua dalam elarti ke Kelana Jaya ni.
Pergh.dia layan Alesena! Gua pun dah lama tinggalkan musician tersebut. Serabut.
Gua pusing kiri,ternampak mamat-berjanggut-rambut panjang-berjubah putih sedang mencoret diatas planner-nya.
Gua perhatikan tarikh.
12 Rabi'ul Awwal.

Patutlah semua biru.Menahan kerinduan rupanya.