" Suatu masa nanti
akan sampai hari
kaki tidak akan berlari
gerimis akan berhenti
kerana seperti musim juga
akan berubah
akan mengolah
cerita gembira menggantikan derita
tiada lagi sebulan penantian
tiada lagi hati dihenyakkan
tiada lagi tangan yang melepaskan
tiada lagi puisi sedu sedan " - Shaira Amira
p.s. moga umurmu barokah bintu Jahubar. kullu sanah wentum bikhair. maaf, gua tak pernah cuba jadi kawan yang baik untuk lu. orang sehebat lu x kan pernah sekufu dengan gua yang hampas ni. maafkan gua sekali lagi. ENAM JULAI, almuwafiq, LIMA MUHARRAM.