Saturday, July 14, 2012

YA ALLAH, JAUHKAN KAMI DARI SUUL ADAB.

Jatuh memang sakit.
Kalau tak sakit mungkin kena pergi pakar saraf.
Ketika naik makin tinggi,
kalau jatuh,lebih menyakitkan.

Kalau tak nak jatuh, jangan naik.
Tapi itu biadap :)

p.s: tinggalkan 'naik' kerana takut jatuh memang tak gentleman bro.

Tuesday, July 10, 2012

FI MASYIATILLAH.

Apa-apa yang DIA tidak kehendaki,
takkan sekali-kali berlaku. 
Dua kali 
atau 
tiga kali apatah lagi!

p.s: Moga Allah bantu kamu habibty.Teruslah membanggakan kekasihmu dan kekasih kita, SollAllahu alaihi wabaaraka wasallam.


Friday, July 6, 2012

BERUBAH

 " Suatu masa nanti
akan sampai hari
kaki tidak akan berlari
gerimis akan berhenti

kerana seperti musim juga
akan berubah
akan mengolah
cerita gembira menggantikan derita

tiada lagi sebulan penantian
tiada lagi hati dihenyakkan
tiada lagi tangan yang melepaskan
tiada lagi puisi sedu sedan " - Shaira Amira

p.s. moga umurmu barokah bintu Jahubar. kullu sanah wentum bikhair. maaf, gua tak pernah cuba jadi kawan yang baik untuk lu. orang sehebat lu x kan pernah sekufu dengan gua yang hampas ni. maafkan gua sekali lagi. ENAM JULAI, almuwafiq, LIMA MUHARRAM.

Wednesday, July 4, 2012

MAAF. GUA PENYUSAH LU.

Rindu.
Bukan.
Sebab.
Jauh.
Tapi.
Sebab.
Terlampau.
Dekat.

p.s : walau gua tak dihati Lu, Lu lebih dekat dengan gua dari hati gua sendiri.

Saturday, June 30, 2012

PERMISSION DENIED

Sedihnya.

p.s: Secara am, senyum tanda bahagia, menangis tanda kurang bahagia. Tapi, ia bisa di-rebutt.

Friday, June 29, 2012

S Y ben MD r al-B al-H

Lima minit berharga dia gua telah curi tengah hari tadi.
Maafkan gua kerana bertindak keji mencuri masa Lu.
Maafkan gua kerana tak bisa menurut nasihat Lu.
Maafkan gua kerana sentiasa membelakangi Lu.
Maafkan gua kerana selalu menyakiti Lu.
Tolonglah, seseorang, tolong katakan padanya yang gua....

p.s: kata-mu, gerak-mu, diam-mu berhikmah.
p.s.s: setiap saat adalah ruang dan peluang.




Monday, June 25, 2012

2411

Hari ke-dua-puluh-empat setiap bulan sangat mengingatkan gua tentang dia.
(sangat; sebab gua hari-hari ingat dia)
Sejarah tak mungkin berubah. 
Sekali-kali tidak!
Tapi pesan seseorang, 
jangan ambil masa terlalu lama untuk meratapi sejarah yang telah tercorak.
Tumpukanlah perhatian pada sejarah yang bakal lu corakkan.
Adakah dengan terus menangis gua bisa membanggakannya?

p.s: Moga perpindahannya tujuh bulan lalu menghimpunkannya dengan mereka-mereka yang Tuhan cinta dan cinta Tuhan.