Setiap pagi lu terpaksa menghadap muka toya gua.
Setiap pagi lu terpaksa gagahkan diri untuk layan gua.
Gua mintak maaf sebab dah terlampau banyak curi masa lu.
Padahal lu boleh tido atau main friendster daripada menghadap muka toya gua setiap pagi.
Gua baca lu dengar.
Lu baca gua termenung.
Gua mintak maaf sebab bermenung. Gua bukan ter-menung. Tapi gua memang nak merenung.
Harap lu tak berdendam dengan gua.
Gua mintak lu nyanyi, lu ikut.
Bila lu mintak gua dengar, gua tak pernah nak ikut.
Gua mintak satu kertas, lu bagi.
Lu mintak gua secebis perhatian, gua persetankan.
"Ambillah. Ana tak pernah berkira dengan enta. Tapi enta selalu berkira dengan ana. Ana mintak..."
Terhenti setakat itu. Dan lu serik nak sambung.
Maafkan gua, lu..
Maafkan gua, lu..
Gua banyak sangat amat sungguh berkira,mengira,terkira dengan Lu.
p.s: harap boleh berubah kerana Tuhan.
p.s.s: pena dah diangkat dan dakwat pun dah lama kering.