Malam tadi bukan malam yang mudah buat Khair.
Ia suatu keseksaan bila mata seakan mahu tertutup
tapi dihalang oleh jiwa yang bergelodak panas mehanan debaran asmara itu.
Allaaaaaaah..
Pusing kanan tak boleh. Pusing kiri tak kena.
Langsung tak memberikan apa-apa impak kebebasan pada jiwa Khair.
Khair lemah. Khair tak berdaya nak cuba capai cahaya terang-benderang itu.
Kepala Khair berputar. Siling seakan menari mengejek Khair.
Tapi Khair tahu,bukan semua kehendak Khair kehendak Allah.
Dan bukan semua kehendak Allah kehendak Khair.
Dari dulu Khair janji,nak selaraskan kehendak Khair dengan kehendak Dia. Tapi...
Dan bukan semua kehendak Allah kehendak Khair.
Dari dulu Khair janji,nak selaraskan kehendak Khair dengan kehendak Dia. Tapi...
Pagi tadi Khair tertidur sebelum ada bunyi kemasukan mesej ringkas ke telefon bimbitnya.
Terjaga,Khair terus baca dan terus hatinya tersenyum kenyamanan.
Dapat mesej ringkas dari seseorang yang sangat Khair hormati.
'mula pukul10'
Ringkas tetapi menggembirakan.
9.24 Khair dah tunggu pakcik van. Khair tak sabar nak jumpa dorang.
Khair rindu dorang.
9.37 baru pakcik van sampai.
Takpelah tunggu sekejap (walaupun rasa macam dah 3 setengah jam tunggu).
Yang penting Khair dapat pergi. Khair dapat lepak dengan dorang.
Bila sampai tempat tu,ishh,Khair rasa nak pergi peluk cium dorang sebab rindu sangat-sangat.
Ia dah lama rasanya Khair tak ketemu dorang,tak bersama dorang.
Ya,tak sia-sia Khair ponteng kerja hari ni.hihi.
Sekejap rasanya,tiba-tiba Khair dah kena balik.
Khair tak puas lagi lepak dengan dorang. Khair tak puas lagi dengar suara dorang. Khair tak puas lagi tatap muka dorang. Khair tak puas lagi berseronok dengan dorang. Khair tak puas lagi merasakan ketenangan bila dengan dorang.
Khair tak puas lagi.
Khair tak sudah lagi.
Kenapa pakcik van dah datang?
:'(
p.s: Kecintaan ini bukan mudah. Kerinduan ini bukan mudah.
moga2 khair mendapat keberkatan...peluang melepak dgn dorang khair tercapai...ALHAMDULLILAH...moga2 kerinduan khair akn terubat dan khair akan sentiasa merka di suatu hari nanti........
ReplyDelete*bersama mereka
ReplyDelete