Saturday, October 1, 2011

DUA KALI BOLEH KE?

Gua baru teringat
yang gua penah belajar tajuk
'golongan yang dihalang untuk berkahwin dengannya'
dalam kelas perancangan keluarga
kat kolej-ala-ala-universiti tiga empat tahun lepas.
Salah satu yang gua paling minat adalah,
haram selama-lamanya
berkahwin dengan
perempuan yang ada hubungan dengan kita disebabkan perkahwinan kita.
Gua ingat lagi, cikgu gua bagi contoh,
haram kahwin dengan mak mertua, nenek mertua dan yang keatas.
Kalaupun bercerai dengan si isteri contohnya,
atau si isteri meninggal dunia,
masih tak-menjadi-halal untuk menikahi mak mertua.
Heh. Gua tiba-tiba berfikir,
mana mungkin
gua dapat kahwin dengan si ummi yang gua sanjungi kalau
gua dah kahwin dulu dengan si puteri yang gua adore.

p.s- orang itu kata, dunia ini puteri kepada akhirat.

No comments:

Post a Comment