'Nak buang air la pulak' - sambil jalan terkepit-kepit menuju tandas seberang sana.
'Enta kena bayar sebelum masuk tandas ni. Dalam dunia ni takde benda free tau' - sambil tadah tangan berharap diberi 50 sen.
'Kena bayar?' - merenung jauh ke hadapan sambil mata seakan mahu merembeskan airan jernih. Dua tiga saat selepas itu, memang benar! Air jernih itu menggelongsor laju dari anak mata.
'Eh, enta janganlah nangis. Kalau takde duit, ana bayarkan je. Enta masuklah. Ana bayarkan ye?' - sambil tangan seluk kocek menggagau cari syiling 20 sen, 20 sen, 10 sen.
'Ana bukan menangis sebab takde duit. Tapi kalau tempat sekeji ni pun kena bayar, apalah agaknya bayaran nak masuk syurga Tuhan yang indah suci itu?' - sambil menangis sehingga terhincut-hincut bahu.
p.s: memang kalau Tuhan nak, kau ade daya ke nak lencongkan? takde bro. takde. moga gua taubat. cepat.
p.s.s: lupa pulak. ini inspirasi dari kisah Ibrahim ibn Adham rahimahUllahu Ta'ala.
p.s.s: lupa pulak. ini inspirasi dari kisah Ibrahim ibn Adham rahimahUllahu Ta'ala.
dh masook tndas blum??x kan dok berkepit lg..hehehe
ReplyDeleteattiu' ALLAH wa attiu' rasul.
wa ulil amri minkum..(ilal akhiril ayah) hehe
ReplyDeletebru lepas masuk tandas.
tp x kena bayar, so insaf belum dtg lg. huhu
'jika kamu beselisih dalam pendapat kembalilah pada Allah dan rasulnya'.
ReplyDelete(ak x ingat ayat die)...hehe
masok tndas kt klcc mungkin boleh dtg keinsafan.hehehe
mentah2 bersih,ade ke patut mintak 50 sen 50 sen 50 sen 50 sen.
nasib baik x de bayaran wang diminta nk masok syurga.kalau x hmmm,kerja 100 tahun pun x daya nak bayar.membayar dengan pahala sudah memadai.nak dapat pahala 10 sen pun x payah keluarkan.Allaahh,kasihnya Allah pada hmba yg soleh.
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang Siddiqiin, dan orang yang syahid, serta orang yang salih. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat). [al-Nisa’ 4:69].
Allahumma innaka 'afuwun kareem tuhibbul 'afwu fa'fu 'anna
Deletewa walidina wa mu'allimina wa masyayikhina wa usraatina wa asdiqoina wal mujahidina wal mujahidat wal ahyai minhum wal amwat birahmatika ya Arhamar Rahimin..