Wednesday, December 7, 2011

NASIK KAK NONI TERBUANG. HAHA

Al-'Asya' dengan akhawat
pukul 18.00 waktu Malaysia [atau gua lebih suka waktu Misr; pukul 12.00].
Penghirupan syai panas
bersama kekat Coklat ala-ala nak moist dari Cold Storage yang berharga lebih 12 Riyal
disertai kerufuk Twisties,
biskutat Munchy's
dan sesudu dua Kuey Teow goreng
memang...

satu situasi yang gua harap boleh dipengalami
bukan sekadar sekali lagi,
tapi berkali-kali lagi,
di Suatu-Tempat-Kekal-Abadi-Idaman-gua-dan-lu,
dimana umur kita akan sentiasa 17 seperti gua sekarang,
dan
dimana syai panas,kekat Coklat ala-ala nak moist dari Cold Storage, kerufuk Twisties, biskutat Munchy's dan sesudu dua Kuey Teow goreng boleh didapati tanpa kita perlu pegi ke Jaya One.


Woha!

JAZAKUMULLAH KHAIRAL JAZA'


p.s: 'Anta ma'a man ahbabta'

HIKMAH DAN RAHMAH.

Dulu masa kecik-kecik, gua ingat CD Al-Quran kat surau rumah gua rosak.
Dia selalu ulang satu ayat banyak kali gila. Rupanya ternyata anggapan gua salah bila gua sudah besar dan mengetahui keadaan sebenar CD Al-Quran surau rumah gua.
Dia tak rosak. Dia tak pernah rosak. Dia belum pernah rosak.

"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"


P.S: tak lama lagi nak pindah. Berpindah ke Darul Qarar. Jomlah kemas-kemas.

Tuesday, November 1, 2011

SELAINNYA SEMUA BATOTIS.

Yang rasa kita berinteraksi dengan selain Allah SWT hanyalah persepsi kita.
Hakikatnya,
semua taqdir Allah takkan terlepas dari tajalli-Nya dengan kesempurnaan Asma'-Nya yang indah.
Dan setiap satu perkara, tidak kita berinteraksi melainkan dengan-Nya.

Maha Suci Allah yang bisa menjadikan dunia ini terzahir dominan lebih dari kehebatan-Nya kepada sesetengah golongan.
Maha Suci Allah yang bisa menjadikan diri-Nya dominan terhadap semua dominasi alam ni kepada sesetengah golongan.
Maha Suci Allah!

Apa lagi yang akan hilang jika sudah memperoleh Allah?
Apa lagi yang akan diperoleh jila sudah kehilangan Allah?

p.s= Al-Hubb fi Sidq Al-Niyyah

Saturday, October 1, 2011

DUA KALI BOLEH KE?

Gua baru teringat
yang gua penah belajar tajuk
'golongan yang dihalang untuk berkahwin dengannya'
dalam kelas perancangan keluarga
kat kolej-ala-ala-universiti tiga empat tahun lepas.
Salah satu yang gua paling minat adalah,
haram selama-lamanya
berkahwin dengan
perempuan yang ada hubungan dengan kita disebabkan perkahwinan kita.
Gua ingat lagi, cikgu gua bagi contoh,
haram kahwin dengan mak mertua, nenek mertua dan yang keatas.
Kalaupun bercerai dengan si isteri contohnya,
atau si isteri meninggal dunia,
masih tak-menjadi-halal untuk menikahi mak mertua.
Heh. Gua tiba-tiba berfikir,
mana mungkin
gua dapat kahwin dengan si ummi yang gua sanjungi kalau
gua dah kahwin dulu dengan si puteri yang gua adore.

p.s- orang itu kata, dunia ini puteri kepada akhirat.

Wednesday, September 14, 2011

aku suka warna biru sebab biru nampak menarik. tapi kenapa orang putih cakap biru sedih?kenapa?aku masih tak faham sampai sekarang.

Aku.Mahu.Bercinta.
Tapi.Tidak.Tahu.Bagaimana.Bercinta.
Ajarkan.Aku.
Tolong?


P/s: Mereka mencerai-beraikan isi tubuhku,lalu mengambil hatiku pergi.Siapalah lagi aku ini,setelah mereka mengambil hatiku?

Monday, August 15, 2011

PERSETANKAN AKU.

..أعوذ بالله من حلاوة الأنا

Ya Allah Ya Tuhan kami, lindungilah kami dan selamatkanlah kami daripada kemanisan dan kesedapan 'aku'..


p.s: awak, oo awak. Ye, awaklah, yg dah tertulis kat luh mahfuz tu. Awak tolong saya eh nanti.
Jangan la masuk surga sorang-sorang. Saya pun nak ikut sekali. eh eh?

Saturday, August 13, 2011

Semua ini dan semua itu adalah.....

Dunia ini memang Allah jadikan susah.
Kalau Allah jadikan dunia ini senang, semua akan jadi wali le.
^_^
Jadi,dunia ini memang dijadikan susah.
Jangan diratapi kesusahan itu.
Tetapi ratapilah diri kita yang nak senang ditempat yang memang bukan untuk senang.

..اللهمّ يسرلنا أمورنا


p.s: lu rasa ade ke pilihan yg lebih murni selain Kesetiaan kepada Yang Esa?