Monday, August 15, 2011

PERSETANKAN AKU.

..أعوذ بالله من حلاوة الأنا

Ya Allah Ya Tuhan kami, lindungilah kami dan selamatkanlah kami daripada kemanisan dan kesedapan 'aku'..


p.s: awak, oo awak. Ye, awaklah, yg dah tertulis kat luh mahfuz tu. Awak tolong saya eh nanti.
Jangan la masuk surga sorang-sorang. Saya pun nak ikut sekali. eh eh?

Saturday, August 13, 2011

Semua ini dan semua itu adalah.....

Dunia ini memang Allah jadikan susah.
Kalau Allah jadikan dunia ini senang, semua akan jadi wali le.
^_^
Jadi,dunia ini memang dijadikan susah.
Jangan diratapi kesusahan itu.
Tetapi ratapilah diri kita yang nak senang ditempat yang memang bukan untuk senang.

..اللهمّ يسرلنا أمورنا


p.s: lu rasa ade ke pilihan yg lebih murni selain Kesetiaan kepada Yang Esa?



Monday, July 18, 2011

Khair.

Malam tadi bukan malam yang mudah buat Khair.
Ia suatu keseksaan bila mata seakan mahu tertutup
tapi dihalang oleh jiwa yang bergelodak panas mehanan debaran asmara itu.
Allaaaaaaah..

Pusing kanan tak boleh. Pusing kiri tak kena.
Langsung tak memberikan apa-apa impak kebebasan pada jiwa Khair.
Khair lemah. Khair tak berdaya nak cuba capai cahaya terang-benderang itu.
Kepala Khair berputar. Siling seakan menari mengejek Khair.
Tapi Khair tahu,bukan semua kehendak Khair kehendak Allah.
Dan bukan semua kehendak Allah kehendak Khair.
Dari dulu Khair janji,nak selaraskan kehendak Khair dengan kehendak Dia. Tapi...

Pagi tadi Khair tertidur sebelum ada bunyi kemasukan mesej ringkas ke telefon bimbitnya.
Terjaga,Khair terus baca dan terus hatinya tersenyum kenyamanan.
Dapat mesej ringkas dari seseorang yang sangat Khair hormati.
'mula pukul10'
Ringkas tetapi menggembirakan.

9.24 Khair dah tunggu pakcik van. Khair tak sabar nak jumpa dorang.
Khair rindu dorang.

9.37 baru pakcik van sampai.
Takpelah tunggu sekejap (walaupun rasa macam dah 3 setengah jam tunggu).
Yang penting Khair dapat pergi. Khair dapat lepak dengan dorang.

Bila sampai tempat tu,ishh,Khair rasa nak pergi peluk cium dorang sebab rindu sangat-sangat.
Ia dah lama rasanya Khair tak ketemu dorang,tak bersama dorang.
Ya,tak sia-sia Khair ponteng kerja hari ni.hihi.

Sekejap rasanya,tiba-tiba Khair dah kena balik.
Khair tak puas lagi lepak dengan dorang. Khair tak puas lagi dengar suara dorang. Khair tak puas lagi tatap muka dorang. Khair tak puas lagi berseronok dengan dorang. Khair tak puas lagi merasakan ketenangan bila dengan dorang.
Khair tak puas lagi.
Khair tak sudah lagi.
Kenapa pakcik van dah datang?
:'(

p.s: Kecintaan ini bukan mudah. Kerinduan ini bukan mudah.



Thursday, June 23, 2011

Toriq ini mudah kalau kita betul-betul nak.

Sape cakap perasaan boleh berbohong?Sape?Sape?
Ah.Lu ape tauuuu.
Kalau jalan ni mudah,ape nilai Surga Allah?
Heh.
Orang cakap macam tu (termasuk gua) sbb taktau Tujuan.
Ia tak susah.Ia tak senang.
Semua tergantung pada Tujuan.
Ya.Tujuan.

Berbalik pada pernyataan gua tentang perasaan.
Lu tau sebab ape gua cakap perasaan tak boleh bohong?
Haa.
Sebab,yang bohong tu bukan perasaan.
Tapi kita.

Masalan,lu benci gila tahap baboon-bakar-perisa-kari kat petai.
Itu perasaan tu. Perasaan taksuka.

Tiba-tiba ada awek-blonde-bibir-bak-delima-merekah tanya lu,
"You suka petai?I suuuuuuka sangat petai."
Gua berani jamin yang berikut akan jadi jawapan lu,
"Eh,kita same la you.I pun suuuuuuka gila petai.Tak sangka kan,kita ada persamaan.hihi"
Sambil lu muntah-hijau-dalam-hati mengenangkan kehijauan petai.

Skang ni,perasaan lu tak pernah menipu.
Yang menipu adalah ke-tak-nak-mengaku-an lu tu.

p.s : Semoga gua dan kita berjaya menangi 'hati' Dia.

Saturday, June 11, 2011

AKU DENGAR JE BOLEH.LUAH TAK RETI.

Bila gua berada dalam kalangan mereka,gua rasa gua setan yang dikelilingi malaikat-malaikat agung.

Perasaan ini tak mungkin lupus sebab gua tetap gua.
Perasaan ini tak mungkin hancur sebab dia tetap dia.
Dia kata,jangan rasa diri makin baik bila sedang berjalan.
Dia kata,jangan rasa diri makin jahat bila sedang melangkah.
Rasa makin baik itu bajet bagus.
Rasa makin jahat itu biadap.

p.s: Semoga kita tetap dalam jalan ini bersama mereka yang kita cintai,
Lahawla wala quwwata illa bIllahil 'Aliyyil 'Azdim.

Wednesday, June 8, 2011

FAKSI

Petang tadi macam biasa,Dodi menyanyi sorang-sorang dalam dapur. Bukan dia tak pernah dengar pantang orang-orang tua dulu,jangan menyanyi masa kat dapur.

Tapi dia rasa dia dah cukup urban untuk tak percaya segala karut-carut-marut tu.

Lagu pilihan mestilah lagu Sudirman. Urban-urban pon,dia masih belum sakit mental untuk sokong musik-musik-macam-sampah-takde-identiti-bajet-urban budak muda sekarang.
Rasa nak gelak bila pasang TV keluar klip video merapu-macam-kerabu musik 'urban'. Kah3. Bukan urban tu,tapi perasan urban.

Okay,dah jauh lari tersimpang dari maksud asal entri.

Sambil duduk tunggu ikan siakap kukus Dodi menyanyi lagu Sudirman tadi. Sambil tutup mata untuk membiarkan dirinya dikuasai roh bait-bait lirik lagu yang meresap ke dalam jirim kelabu dibalik tulang-belulang belakangnya.

Bait-bait lirik itu terus berlegar-legar melingkar kerusi Dodi tanpa kesedaran Dodi. Tiba-tiba ayam mengejutkan jiran Dodi. Ah,bunyi ayam berkokok itu takkan buat dia berhenti menghambakan diri dia pada perasaannya sendiri.
Kokokan petang ayam-ayam itu mreluru masuk ke dalam dapur Dodi. Menggelepar bait-bait lirik yang melingkari kerusi Dodi tadi akibat dihinjak kokokan ayam. Dodi masih dalam dunia-ilusi-rekaannya.
Dodi masih membiarkan penaklukan kokokan ayam terhadap bait-bait lirik Sudirman.
Dodi betul-betul sedang bersatu dengan musik sehingga ikan siakapnya mengeluarkan asap hitam berjelaga pun dia tak peduli.
Sehingga bomba sampai Dodi masih lagi setia menutup mata sepenuh perasaan diatas kerusi didapurnya itu.

Saturday, June 4, 2011

KENAPA ORANG CAKAP SENYUM KAMBING? KENAPA TAK CAKAP SENYUM ITIK ATAUPUN SENYUM BURUNG GAGAK?

senyum nampak gigi itu,satu kepuasan.
dan bila orang balas senyum itu,satu kepuasan berganda.

okay,sekian sahaja taipan pada kali ini.
akhir kata,jangan pergi kasino.berdosa.
jom pergi tempat-lain-yang-lebih-tenang,dengar apa orang cakap pun jadilah.
bukan senang nak dapat peluang mcm ni.Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah.

^__^


p.s- Allahumma bariklana fi Rajabin wa Sya'bana wa balligna Ramadhan.