Thursday, August 15, 2013

BUKE YANG BUKE BUKE II

Masanya lebih kurang dengan yang lepas.
Kira-kira pukul 3.
Tapi kali ni Khair x tido tapi baru balik dari melawat dua pupunya.
Sebab ada laksa johorlah yang buat Khair nk pergi melawat.
Kalau tidak.....
Faham-faham sendiri la ek.

Dari hari ke 27 ramadhan Khair dah mula mundar-mandir tengok post box.
Tapi kehampaan tetap jadi peneman Khair.
Sampailah tarikh 7 Syawal.
Baru Khair mampu tersengih sebab penantiannya tak mengecewakannya.
Tapi kalau dia terpaksa menunggu seumur hidupnya pun, dia sanggup. 
:)

Khair masih tak mampu melepaskan bibirnya dari tersenyum.
Sampai saat ini.



P.s. maaf juga atas segalanya. Dari hujung atas hingga hujung bawah. Dari kanan ke kiri. dari depan ke belakang..
Sayang kau.

Friday, July 5, 2013

LAISA KEMOSABE.

Fajrin,
Banyak yang aku rasa tentang kau. 
Dan yang banyak itu buat aku gembira.
Terima kasih kerana membenarkan aku merasa kepelbagaian dengan kedampinganku denganmu.
Berbeza hari-hariku.
Semua bermula saat itu.
Saat aku dekati kau.

Fajrin,
Moga hari-harimu terus dikelilingi rahmah dan fadhl Tuhan dan HabibNya.
Moga iradah dan masyiah Tuhan baik-baik sahaja ke atasmu.
Moga bisa terus mengembara mencari warna-warna indah kehidupan.
Moga diperkenan segala moga.

Fajrin,
Hepi 21st besday.


P.s:kali ni xde ps. Sbb aku tak tahu bagaimana meletak perasaan didalam kata..

Wednesday, June 12, 2013

ORG KATA SYAUQ ITU SYOK. YEKE?

" Rindu.
Satu perkataan.
Dalam maknanya.
Besar rasanya.
Tidak tergambar perasaannya. "
-anglepakaigucci

Yang rasa berpadalah.
Yang tidak merasa usah mencela lah.

P.s: moga redha Tuhan dan kekasihNya ada bersama rasa ini. 

Sunday, December 9, 2012

2.0



Dulu seorang, sekarang berdua.
Yeay. 




p.s: sengih tanda apa?

Sunday, November 25, 2012

THIBAH.

Berlari-lari anak diatas padang hijau
sambil menahan diri dari jatuh. 
Oh, sepatu licin akibat kebasahan.
Eh, yang licin sepatu atau rumput kuning tu?
Keliru bukan baru detik tadi,
dari celik mata ambil nafas pertama sudah mula keliru.
Menangis tanpa ada yang suruh.
Kenapa menangis pun gua tak tahu,
cuma yang gua tahu,
untuk undur itu tak mungkin.
Sama sekali tak mungkin.

p.s: ' jangan biarkan diri lu terpaksa '
SOLLU 'ALAL HABEEB!

Tuesday, November 20, 2012

UD'U LI, YA SAYYIDI

Gua memang rasa lu berkeras dengan gua.
Ah. Rasa hati mana boleh bohong.
betul ke rasa tak boleh bohong?

Maafkan gua sebab hanya cuba untuk berdiam diri tatkala lu meletakkan harapan pada gua.
Yang gua pandai cuma mereka alasan untuk gua berikan pada lu setelah gua buat salah.

Cuma satu gua nak lu tahu,
gua sgt perlu lu untuk bimbing gua mengenal diri gua.
Banyak kali lu zikir kat telinga gua untuk buat ini dan tinggalkan itu.
Tapi apa yang lu zikirkan terasa berat dibahu gua.
Seakan ada yang menghalang gua untuk melepasi pelajaran dari lu.
Tapi gua sampai sekarang tak tahu apa penghalang tu.

Sebab gua hanya tahu mereka alasan
untuk gua berikan pada lu
setelah gua mengelak untuk buat ini dan tinggalkan itu.

p.s: hati mana tak mahu?

Saturday, October 27, 2012

YANG.

Tak mungkin ada yang sampai hati membiarmu menangis sendiri.

Bib, hidup ini antara KAF dan NUN.
Kamu jangan pernah risau tentang masa depan.
Masa depan tak pernah ada.
Yang ada cuma lembaran ketentuan yang tak mungkin kamu atau saya ubah.
Kita sama-sama lalui dengan Tuhanmu, ya Bib?


Bib, ketika dirimu merintih, yaqinlah bahawa Tuhanmu mendengar rintihanmu.
Memang Tuhanmu mahumu merintih mengingatNya.
Bukan untukNya, tapi untukmu, Bib.

Zikirlah, ratiblah, launglah dalam hatimu nama Tuhanmu.
Saya yaqin sebenar-benar yaqin,
bahawa Tuhanmu mendengarmu.
Kamu juga perlu yakin
bahawa Tuhanmu mendengarmu, Bib.

Saya harap ketika kita sama-sama dah berpindah ke jiwar Tuhanmu,
kita masih boleh duduk satu kerusi, dan baring satu bantal, Bib;
macam sekarang,
sambil kamu me-reben rambut saya.

p.s: kalau Allah nak, pasti jadi. begitulah sebaliknya. 
saya nasihatkan diri saya yang terlebih dahulu baca entry ni supaya tak lupa KAF dan NUN.