Saturday, October 27, 2012

YANG.

Tak mungkin ada yang sampai hati membiarmu menangis sendiri.

Bib, hidup ini antara KAF dan NUN.
Kamu jangan pernah risau tentang masa depan.
Masa depan tak pernah ada.
Yang ada cuma lembaran ketentuan yang tak mungkin kamu atau saya ubah.
Kita sama-sama lalui dengan Tuhanmu, ya Bib?


Bib, ketika dirimu merintih, yaqinlah bahawa Tuhanmu mendengar rintihanmu.
Memang Tuhanmu mahumu merintih mengingatNya.
Bukan untukNya, tapi untukmu, Bib.

Zikirlah, ratiblah, launglah dalam hatimu nama Tuhanmu.
Saya yaqin sebenar-benar yaqin,
bahawa Tuhanmu mendengarmu.
Kamu juga perlu yakin
bahawa Tuhanmu mendengarmu, Bib.

Saya harap ketika kita sama-sama dah berpindah ke jiwar Tuhanmu,
kita masih boleh duduk satu kerusi, dan baring satu bantal, Bib;
macam sekarang,
sambil kamu me-reben rambut saya.

p.s: kalau Allah nak, pasti jadi. begitulah sebaliknya. 
saya nasihatkan diri saya yang terlebih dahulu baca entry ni supaya tak lupa KAF dan NUN.

3 comments:

  1. sudah pasti tuhanmu mengetahui apa sebalik ketawa itu.....

    ~~~~~~
    baina kaf wa nun..hal hunaka maksud ukhra selain, yadullu an almaut qaribn...haha..harap ko paham arab aku..orang tareem hebat belaka...terang kt aku sikit

    ReplyDelete
  2. yadullu ala almaut qariban..
    limaza taqulina anna alkaf wa alnun yadullani ala almaut?
    faham x ape aku nak sampaikan?

    ReplyDelete
  3. pernah tye pada sesorang...jawabnya kematian.tp rse rse mcm lain skit lar..tue tye kt ko ade mksd lain ker???

    faham jer...aku minta ko terang kaf n nun tue...

    ReplyDelete