Tangan Oyi yang sebelah kanan sedang pegang piller dan tangan Oyi sebalah kiri sedang pegang keledek. Asyik mengupas keledek sehingga tak sedar ada darah mengalir.
Heh.
Oyi tersenyum sendiri. Dia terkupas jari tengahnya rupanya.
Habis merah-merah keledek Oyi yang sepatutnya jingga.
Dalam hati Oyi masih tersengih. Dan sengihan itu terpantul ke bibirnya.
Dia berhenti mengupas keledek dan terus meluru ke sinki buatan abahnya
disebelah peti sejuk jenama Canon.
Hehe.
Oyi pun tak sangka mula-mula abah dia beli peti sejuk jenama Canon.
Sebab dia hanya tahu Canon buat camera.
Sekali lagi Oyi tersenyum dalam hati terkenang jari tengahnya yang terkupas sebentar tadi.
Oyi hulur tangannya dibawah paip dan air mengalir laju mengena darah dan luka diatas jarinya.
Oyi mengerut dahi dan mengukir senyum. Mahu sembunyikan kepedihan mungkin.
Lebih seminit Oyi membersihkan jari tengahnya yang terkupas sebentar tadi.
Bila darah kering, Oyi sambung kupas keledek dia yang merah-merah tadi.
Masih lagi senyum, dalam hati Oyi teringat ibu dia.
Ibu dia lahirkan dia. Mesti lebih besar luka ibu.
Mesti lebih bayak darah ibu dia yang terbazir sebab nak keluarkan Oyi dari perut (baca: rahim) ibu dia.
Tiba-tiba riak wajah Oyi berubah. Dari senyuman kepada kerutan.
Mahu sembunyikan kesedihan mungkin.
Berlari ke arah gagang telefon rumahnya dan mendail nombor telefon rumah ibunya.
"Assalamualaikum ibu. Ibu apa khabar?" ucap Oyi, masih lagi dengan senyumnya.
"Waalaikumussalam warahmatUllah Oyi.Ibu sihat je. Anak lelaki ibu ni ape khabar? Lama ibu tak dengar suara si manja ibu ni." Oyi pasti ibunya sedang tersenyum dihujung talian sana.
"Oyi rindu la kat ibu. Ibu rindu Oyi tak bu?" tanya Oyi walaupun dah tahu jawapan ibunya.
"Eh anak ibu ni. Mestilah ibu rindu dia. Oyi makan apa tadi? Hari ni ibu masak sayur pucuk manis dengan keledek tau."
"Ibuuu. Oyi belum makan lagi ni bu. Baru nak masak sayur pucuk manis dengan keledek mcm ibu masak. Hehe"
"Wah, Oyi tahu ke masak sayur tu? Ibu rasa ibu tak pernah ajar Oyi lagi lauk tu kan?" Ibu Oyi masih tersenyum.
"Hehe. Oyi tengok ibu masak, Oyi hafal la.. Ibu. Ibu doakan Oyi selalu ek? Ibu jangan lupakan anak ibu yang jauh ni tau." Sebak pula dada Oyi tanpa ada lagi senyum dihatinya.
"Oyi, Oyi jangan risau eh. Ibu tak pernah lupa selit nama penuh Oyi dalam doa ibu tau."
"Syukran Ibu." bisik Oyi pada gagang telefon rumahnya.
"Allaaah. Moga Allah berkati kita bijaahil Mustofa asSolatu wasSalamu 'alaih. Okay la Oyi, abah panggil ibu la. Nanti kita berbual lagi ye?"
"Okay ibu. Tolong kirim salam Oyi pada abah ye bu. Assalamualaikum Ibu. Doakan Oyi ye bu."
"Waalaikumussalam warahmatUllah Oyi. insyaAllah, daiman. Take care. Bye."
"Bye ibu.." tiada lagi suara ibu Oyi.
Yang ada cuma suara hati Oyi. Suara hati Oyi yang mendoakan ibunya.
'Ya Allah jika Kamu lihat ibuku berdosa, Kamu ampunkanlahnya. Dan jika Kamu melihat ibuku berduka, Kamu bahagiakanlah hatinya. Dan jika Kamu melihat ibuku gembira, Kamu sempurnakanlah kegembiraannya. Dan jika ibuku sakit, Kamu sembuhkanlah ibuku. Dan jika ibuku kerunsingan, Kamu jauhkanlah kerunsingan itu darinya. Dan jika ibuku mengalah, Kamu berilah berita gembira kepadanya tentang ganjaran agungMu. Amiin Ya Rabb.'
Oyi duduk menung awan malam yang tak sabar menanti matahari esok, sambil tangan Oyi yang sebelah kanan sedang pegang piller dan tangan Oyi sebalah kiri sedang pegang keledek.
p.s: moga mimpi jumpa Kekasih.
allahumma amin...
ReplyDeletecanon ade peti ais kot skunk...haha
Ya Rabb Ya Rabb.
ReplyDeleteinspirasi dari kekasih sy,budak compartment b. :)
noted..
ReplyDeletethanx bib.
Delete