Saturday, October 27, 2012

YANG.

Tak mungkin ada yang sampai hati membiarmu menangis sendiri.

Bib, hidup ini antara KAF dan NUN.
Kamu jangan pernah risau tentang masa depan.
Masa depan tak pernah ada.
Yang ada cuma lembaran ketentuan yang tak mungkin kamu atau saya ubah.
Kita sama-sama lalui dengan Tuhanmu, ya Bib?


Bib, ketika dirimu merintih, yaqinlah bahawa Tuhanmu mendengar rintihanmu.
Memang Tuhanmu mahumu merintih mengingatNya.
Bukan untukNya, tapi untukmu, Bib.

Zikirlah, ratiblah, launglah dalam hatimu nama Tuhanmu.
Saya yaqin sebenar-benar yaqin,
bahawa Tuhanmu mendengarmu.
Kamu juga perlu yakin
bahawa Tuhanmu mendengarmu, Bib.

Saya harap ketika kita sama-sama dah berpindah ke jiwar Tuhanmu,
kita masih boleh duduk satu kerusi, dan baring satu bantal, Bib;
macam sekarang,
sambil kamu me-reben rambut saya.

p.s: kalau Allah nak, pasti jadi. begitulah sebaliknya. 
saya nasihatkan diri saya yang terlebih dahulu baca entry ni supaya tak lupa KAF dan NUN.

Tuesday, October 23, 2012

ADDU'A LI UMMI.

Tangan Oyi yang sebelah kanan sedang pegang piller dan tangan Oyi sebalah kiri sedang pegang keledek. Asyik mengupas keledek sehingga tak sedar ada darah mengalir. 
Heh.
 Oyi tersenyum sendiri. Dia terkupas jari tengahnya rupanya. 
Habis merah-merah keledek Oyi yang sepatutnya jingga. 
Dalam hati Oyi masih tersengih. Dan sengihan itu terpantul ke bibirnya. 
Dia berhenti mengupas keledek dan terus meluru ke sinki buatan abahnya 
disebelah peti sejuk jenama Canon. 
Hehe.
 
Oyi pun tak sangka mula-mula abah dia beli peti sejuk jenama Canon. 
Sebab dia hanya tahu Canon buat camera.
 
Sekali lagi Oyi tersenyum dalam hati terkenang jari tengahnya yang terkupas sebentar tadi.
Oyi hulur tangannya dibawah paip dan air mengalir laju mengena darah dan luka diatas jarinya.
Oyi mengerut dahi dan mengukir senyum. Mahu sembunyikan kepedihan mungkin.
Lebih seminit Oyi membersihkan jari tengahnya yang terkupas sebentar tadi.
Bila darah kering, Oyi sambung kupas keledek dia yang merah-merah tadi.
 
Masih lagi senyum, dalam hati Oyi teringat ibu dia. 
Ibu dia lahirkan dia. Mesti lebih besar luka ibu. 
Mesti lebih bayak darah ibu dia yang terbazir sebab nak keluarkan Oyi dari perut (baca: rahim) ibu dia.

 Tiba-tiba riak wajah Oyi berubah. Dari senyuman kepada kerutan. 
Mahu sembunyikan kesedihan mungkin.
Berlari ke arah gagang telefon rumahnya dan mendail nombor telefon rumah ibunya.

"Assalamualaikum ibu. Ibu apa khabar?" ucap Oyi, masih lagi dengan senyumnya.
"Waalaikumussalam warahmatUllah Oyi.Ibu sihat je. Anak lelaki ibu ni ape khabar? Lama ibu tak dengar suara si manja ibu ni." Oyi pasti ibunya sedang tersenyum dihujung talian sana.
"Oyi rindu la kat ibu. Ibu rindu Oyi tak bu?" tanya Oyi walaupun dah tahu jawapan ibunya.
"Eh anak ibu ni. Mestilah ibu rindu dia. Oyi makan apa tadi? Hari ni ibu masak sayur pucuk manis dengan keledek tau."
"Ibuuu. Oyi belum makan lagi ni bu. Baru nak masak sayur pucuk manis dengan keledek mcm ibu masak. Hehe" 
"Wah, Oyi tahu ke masak sayur tu? Ibu rasa ibu tak pernah ajar Oyi lagi lauk tu kan?" Ibu Oyi masih tersenyum.
"Hehe. Oyi tengok ibu masak, Oyi hafal la.. Ibu. Ibu doakan Oyi selalu ek? Ibu jangan  lupakan anak ibu yang jauh ni tau." Sebak pula dada Oyi tanpa ada lagi senyum dihatinya.
"Oyi, Oyi jangan risau eh. Ibu tak pernah lupa selit nama penuh Oyi dalam doa ibu tau."
"Syukran Ibu." bisik Oyi pada gagang telefon rumahnya.
"Allaaah. Moga Allah berkati kita bijaahil Mustofa asSolatu wasSalamu 'alaih. Okay la Oyi, abah panggil ibu la. Nanti kita berbual lagi ye?"
"Okay ibu. Tolong kirim salam Oyi pada abah ye bu. Assalamualaikum Ibu. Doakan Oyi ye bu."
"Waalaikumussalam warahmatUllah Oyi. insyaAllah, daiman. Take care. Bye."
"Bye ibu.." tiada lagi suara ibu Oyi.

Yang ada cuma suara hati Oyi. Suara hati Oyi yang mendoakan ibunya.

'Ya Allah jika Kamu lihat ibuku berdosa, Kamu ampunkanlahnya. Dan jika Kamu melihat ibuku berduka, Kamu bahagiakanlah hatinya. Dan jika Kamu melihat ibuku gembira, Kamu sempurnakanlah kegembiraannya. Dan jika ibuku sakit, Kamu sembuhkanlah ibuku. Dan jika ibuku kerunsingan, Kamu jauhkanlah kerunsingan itu darinya. Dan jika ibuku mengalah, Kamu berilah berita gembira kepadanya tentang ganjaran agungMu. Amiin Ya Rabb.'

Oyi duduk menung awan malam yang tak sabar menanti matahari esok, sambil tangan Oyi yang sebelah kanan sedang pegang piller dan tangan Oyi sebalah kiri sedang pegang keledek. 

p.s: moga mimpi jumpa Kekasih.




Saturday, October 13, 2012

SEMUA ORG NAK. TAPI SEMUA ORG TAK BOLEH BUAT APA DIA NAK.

Berbicara dengan orang dipilih,
pabila disoal,
Kamu menjawab tanpa perlu perantara.
Yang mencari bertanya tentang Kamu.
Adakah dia mencari kerana dihalang oleh kedekatan?
atau dihalang oleh kejauhan?
Adakah dia mencari kerana jauh?
atau kerana terlalu dekat sehingga merasa bersatu tanpa ada pemisah?


DekatMu bukan pada dimensi waktu dan jarak ruang,
tapi pada rasa itu.
Rasa bagaimana itu?
Cuma Kamu yang bisa lihat senyumku.

p.s: in saalaka 'ibadI 'annI faInni Qareeb.
tanpa perlu 'qul'.

Sunday, September 30, 2012

SIBGHATULLAH

Ketika lu menyeru
gua hanya persetankan.
Ketika lu bicara
gua hanya persetankan.
Ketika lu mencinta
gua hanya persetankan.
Ketika lu merindu
gua hanya persetankan.

Maafkan gua sebab selalu persetankan lu.
gua betul-betul mintak maaf kat lu.

teh lipton tu expire 27 sept 2012.

Wednesday, August 29, 2012

DHIDDUN.

Ketika sekelilingmu sedang membahagiakan dan menggembirakanmu,
percayalah, Tuhan yang suruh mereka begitu.
Tuhan sedang menurunkan sifat Maha Baik-Nya ke dalam diri makhluk tadi
supaya kamu bisa mengaku keBaikan Tuhanmu.


Dan.

 Ketika sekelilingmu sedang mencelamu dan menyedihkanmu,
percayalah, Tuhan yang suruh mereka begitu.
Tuhan sedang mengajarkanmu tentang-Nya 
supaya kamu boleh mulia dengan celaan dan kesedihan itu.

Maha Baiknya Tuhan. Maha Agungnya Tuhan. Maha Penuh Dengan Kelembutannya Tuhan.

Ya Allahu Ya Lateef, 
sesungguhnya kami tidak meminta untuk melawan qada'Mu 
tetapi kami meminta Engkau berlembut dalam qada'Mu terhadap kami..

p.s: Mereka sudah disurga sebelum ke surga. 

Wednesday, August 15, 2012

BUKE YANG BUKE-BUKE

Tepat pukul tiga pagi,
sedap-sedap Khair tengah tido,
bunyi honk motor siapa ntah terus-terusan dibunyikan.
('dibunyikan' kerana Khair tak tahu siapa yang membunyikan honk tersebut. mabni lil majhul. hehe)
Maunya Khair tak terjaga bila dengar bunyi honk macam tu.
Lu pun pasti terjaga. Khair berani kerat jari.

Dengan kain pelikat sahaja yang tersarung di lower limb Khair,
Khair mengheret kaki ke arah pintu biliknya setelah bangun dari lembeknya.
Tombol pintu dipulas sehabis tenaga. Serasa tak berdaya tapi digagahkan juga.

Nak menuju ke pintu depan seperti nak menghabiskan lap ke tiga puluh tujuh
acara jalan laju olimpik di Kuala Lumpur.
Sementara itu, honk masih berbunyi, atau lebih tepat lagi, dibunyikan!

Takpe, Khair teringat kata-kata ayah ruhnya,
'Sabar itu ketika pertembungan pertama'.
Terus Khair tersenyum bila teringatkannya. :)

Dengan senyuman sehingga mengebaskan mulutnya itu,
dan kain pelikatnya,
Khair berjalan ke arah pintu utama dan membukanya.


Cuma ada sekeping kad seperti tertera diatas tanpa barang seorang pun manusia.
Cis! Sampai sekarang Khair tak tahu siapa yang bunyikan honk itu. Tapi Khair tahu siapa yang letak sekeping kad dihadapan pintu rumahnya.
Khair tersenyum sendiri. dan Khair masih lagi tersenyum. sehingga sekarang. 
Dan moga-moga sehingga bila-bila.

p.s: first time entry ada gamba.
p.s.s: cerita takde kena mengena dengan Fajarina Ali. haha
p.s.s.s: terima kasih kerana susah-susah pegi pusat mel nasional. 
Eid mubarak. Kullu sanah wentum toyyibin. Maaf zair batin. dan jangan main mercun kalau kamu...ah. takde ape ah.haha



Friday, August 3, 2012

PENGSAN SEBAB KAU

'Nak buang air la pulak' - sambil jalan terkepit-kepit menuju tandas seberang sana.

'Enta kena bayar sebelum masuk tandas ni. Dalam dunia ni takde benda free tau' - sambil tadah tangan berharap diberi 50 sen.

'Kena bayar?' - merenung jauh ke hadapan sambil mata seakan mahu merembeskan airan jernih. Dua tiga saat selepas itu, memang benar! Air jernih itu menggelongsor laju dari anak mata.

'Eh, enta janganlah nangis. Kalau takde duit, ana bayarkan je. Enta masuklah. Ana bayarkan ye?' - sambil tangan seluk kocek menggagau cari syiling 20 sen, 20 sen, 10 sen.

'Ana bukan menangis sebab takde duit. Tapi kalau tempat sekeji ni pun kena bayar, apalah agaknya bayaran nak masuk syurga Tuhan yang indah suci itu?' - sambil menangis sehingga terhincut-hincut bahu.


p.s: memang kalau Tuhan nak, kau ade daya ke nak lencongkan? takde bro. takde. moga gua taubat. cepat.


p.s.s: lupa pulak. ini inspirasi dari kisah Ibrahim ibn Adham rahimahUllahu Ta'ala.